selamat datang ke blog saya . don't forget follow me . Doakan saya menjadi muslimah sejati. semoga saya ,awak, ye kita semua mencapai redha allah . pray for syria . doakan saya yaww

Isnin, 24 Ogos 2015

Part 1 : Ke Thailand kah dikau?

Haluuuuuu everyoneee! Maap lerr, blogger berhabuk tahap kronik sangat ni. Maap ler sebb mood nak menulis tak datang ekoran daripada kerja assignment dan aktiviti Kelab Warisan Budaya yang menimbun. Sekarang cuti sem dah bermula. Moh kita holidayssss.

Oh yee, korang Amacam? sihat tak? ade sakit2 ke? stress kerja menimbum? Assignment banyak setiap minggu kena submit? Rasa nak bercuti tapi taktau nak pergi mana yg murah2? Teringin nak berjalan luar Malaysia tapi low confident takut sesat? Nahhh here I have a solutions! Satu satunya pakej percutian buget yg termurah diMalaysia. Ulang balik. Paling termurah di Malaysia okay. TERMURAH.

Sebelum saya bagi tahu siapa orang yang saya rahsia sangat tu which is travel agent or travel guide yang saya guna, alaaa yang paling termurah dalam Malaysia tuu. Jom ikuti kisah pengembaraan saya ke Negeri Gajah yang penuh dengan pelbagai khazanah laut seperti laut-laut, pantai-pantai, hutan bakau, Hotspring pool dan etc etc.

Bila anda ke negara gajah ni, anda akan rasa seperti di negara sendiri. Ye negara kita ni, Malaysia. Sebabnya, keadaan bentuk muka bumi yang sama, design rumah kampung yang sama, citarasa makanan yang sama, rupa orang melayu yg sama. Sehinggakan anda akan terkeliru bila pergi Thailand ni, eh dia ni orang Melayu ke? Asal muka macam orang melayu je. Kang nak tegur malu, keluaw bahasa Thai kang. Ternganga aku. Kah. 


Yang membezakan kita dan negara Gajah ni ialah dari segi bahasa dia. Tp mostly, ramai orang Thailand pandai cakap melayu. Sesetengah jela. Tp ade jugak tak reti Bahasa English. Cara paling selamat, gunalah agent yang awesome.

Bila kita datang Thailand ni, dorang sangat bagus bila greet kita dengan lemah lembut. Teringat lagi, bila jumpa je orang Thailand, diaorg akan sebut 'Sawadikaaa'. Bila dengar lama lama bahasa Thailand ni sangat  lembut. Sopan je.

Semasa di negara gajah ni, kami kunjungi 3 negeri which is Hatyai, Krabi and Phuket. Bila pergi je 3 tempat ni bermakna anda officially dan kunjung SATU Thailand ok. Satu Thailand.


Orang duk tak abis abis tanya kau naik ape g Thailand haa? murah tak? Taraaa, ni hah aku pergi Thailand guna keretapi Tanah Melayu Berhad( KTMB). Selesa dan selamat. Selesa sebb guna gerabak yang tidur tu. Kiranya sampai2 je KL sentral, ambik train KTMB, check in kat tempat tido tuu. Fuhh selesa. Kalau tak silap, cost train ni pergi balik, Rm+/-120. Not bad la, kalau naik flight pun lebih kurang je harga pergi and balik. Kalau nak booking train ni, kena booking awal sebb takut habis. Kalau habis terpaksala duduk dekat seat train. 12 jam kott duduk dalam train. Kematu kaki. Better ambik tempat tido.


Setiba di Padang Besar, kami dikehendaki ke imegresan Malaysia dan Thailand. Lepas beres semua benda which is cop dan scan bagai. Ok! Pengembaraan bermula. Yahoo. 


part two ondheway. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan