selamat datang ke blog saya . don't forget follow me . Doakan saya menjadi muslimah sejati. semoga saya ,awak, ye kita semua mencapai redha allah . pray for syria . doakan saya yaww

Selasa, 25 Ogos 2015

Part 2 : Ke Thailand kah dikau?

Heloooo olllss. Meh rapat-rapat sini iolls ade benda nak share dengan chuolls. Wah, pelik naw bahasa ekau anis. *tukar bahasa* hahahaha.

Setibanya kami di Padang Besar, Perlis dan selepas settle semua emegresen. Maka, berangkatlah kami dengan jayanya!. Mula mula ingat siapalah encik azahar ni. Rupernyaaa orang kedahh kitaa jugak. Maka, keluaq jugak la kedah celup kita. Dah semuo dok pakai bahasa utaghaa, cek pun tingin jugak nak cakap. hehehe. Ok back to realiti.

Oh ye, pakej yang saya guna selama 5hari4Malam which is about rm700++ something for pakej tak termasuk transport, makan and souvenirs. So, sape2 yang nak murah boleh try pakej 3hari2malam tu. Murah sgt dah tu bwh rm500 kira ok la. 

Untuk pengetahuan saudara, saya hanya berbelanja sebanyak RM300 malaysia je sepanjang di Negara Gajah! rm300 malaysia bersamaan 2700 baht ++ kalau tak silap(ikut currency semasa)

haa, ok kawan- kawan. Here are some activities that we are doing during the first day.
1) Hatyai Icedome.

kalau tak silap, kami tiba di Hatyai pada pkul 10am Thailand. Jadi kami terus berangkat ke Hatyai Icedome untuk menikmati kesejukan yang luar biasanya disini. Kalah I-city punya sejuk. Macam biasa bila masuk tempat sejuk, menggigil lutut bakhanggg. Kalau naktau ape yang ade dalam ni, korang kena datang sini and enjoy the moments. Syok!

2) Kloanghae Floating Market

Tempat kedua yang kitaorang pergi, ni hah. Pasar makanan segala jenis makanan thai pun ade. Yang lagi syok siap kita beli kat sampan dorang tu hah. Dahlah murah, sedap pulak tu. Perut pulak lapar memang habis la kami taram! hahaha

Makanan yang anis beli time ni berjumlah 35baht utk mee kolok, 20 baht utk air longan, 10 baht utk mineral. Beli ayam 2 ketul baru 20 baht. Total up kat floating market ni 85 baht for lunch!

3) Chang Kuak Camp

Di sini, kami hanya dibawa utk get used dengan suasana dan bau si Gajah. Yelaaa budak pekan masuk kampung, kang takut menangis pulak mengadu nak balik. Haahaha. Yang syok si mai, hani mieda n kak ain boleh pulak g bantai main AGV. Alaaa yang motor bergerak tu. Kat Thailand ni bru 500baht je. Kalau duit Malaysia macam 50 hengget ler. MURAH kan? kalau kat malaysia tak dapat dik main AGV yg murah giler tu. Maybe ade, tapi kami tak sempat jumpa la kot.

4) Berangkat ke krabi.

Lepas dah selesai semua, masuk la van. Jom kita ke krabi! 5 jam perjalanan dari hatyai.

Selesai day one. Day two in progress! banyak lagi ni tempat travel guide ni bawak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan