selamat datang ke blog saya . don't forget follow me . Doakan saya menjadi muslimah sejati. semoga saya ,awak, ye kita semua mencapai redha allah . pray for syria . doakan saya yaww

Jumaat, 13 Disember 2013

Hati Ini~



Assalamualaikum oollsss . apa khabar ? sihat ? harap harap semua sihat laa ye.

saya teramat busy sgt lately. banyak naw event yg kne handle. dengn assignment nye la. Test nye la. semua semua la . penat sgt. Tp kena ingt, dunia ni tempat kita penat . Syurga nnti tempat kita bersenang lenang lepak lepak.

Apa khabar hati awak? Hati saya tak sihat. Dicemari oleh perasaan perasaan yang rasa tak layak untuk diri yg lemah ini hadapi. Siapa kat sini kejar cinta manusia? . Saya salah seorang nya. Pencinta manusia. Tetapi apa pengakhirannya? Akhirnya saya yang rugi memperjudikan perasaan pada orang yang salah. so saya decide .


Taraaaa


Bila hati menyintai seseorang,bila jiwa mula suka padanya,berdoalah moga Allah menyatukan hatimu dengan hatinya.Pikat hatinya dengan lafaz Doa, bukan bicara manis. Antara lafaz Doa dgn bicara manis, Doa lagi power tau
Andai jodoh, tak kemana.

Ini je cara saya kurangkan sikit rasa cinta saya terhadap manusia.  Mungkin tak banyak, atleast kita cuba.


Mata dah ngantok. Td ade dinner suits and dress. kenapa bukan saya yg jd queen? Eh. hahaha

Selasa, 5 November 2013

Long time.

Hai assalamualaikum.

Lama gilaa tak update. BUSY kononnya.
Padahal kelas sikit je. Lepas balik kelas makan je tido. Badan pun naik. Aishh. Kena wat something ni, nak kawinnn. Haip, merepek.

Since kawan2 is probably gonna read this. Hai korg! Jemput baca. Laen kan aku kat sini dengn kat luar. Sopann gitu. Comel still sma dak? Haha.

Rumets, baru nak ngam. Bagusla. Clasmate, sikit sikit bru nak ngam. Laen kot rasa alam degree dgn matrik. Sumpah.

Ok la. Sebenarnye nak update pasal salam tahun bru tp meraban apetah. Ok bye. See u soon.

posted from Bloggeroid

Isnin, 14 Oktober 2013

Soal hati~




Hey hey oolss. Meluat tak dgn post kitew? Klu ada, please leave ur comment dekat chatbox tu ye. Manatau boleh la saya yg hina ni baiki kelemahan yg banyak sgt dlm diri ini. Jom santai2 jap. Rasanya tangan ni gatal nak update pasal hati ni. Eh bukan hati saya sahaja ye. Hati kita semua. Jangn tipu laa kalau ada yg tak pernah rasa ape itu cinta, love, sayang, haaa dan sebagainya.

Ade yang tak pernah rasa? Ruginyaaa. Saya yakin pasti hampa semua minatkn someone kan. Haaa betulkan betulkan? Ekeke. Sebb saya pun alami yg sama. Ye kita manusia, punya hati dan perasaan. TAPI bagaimana kita letakkan hati Dan perasaan tu ditempat yg betul. Haaa gitu. Kita yang pilih nak buat cara betul ke salah.

'Merancang' memg seronok
Lebih lagi berbicara tentg 'masa depan'
Indah kan?
Namun, dalam merancang
TERLUPA seketika tentang perancgn Allah yg mengatasi perancangn makhluknya
Nahh!
Tersungkur seketika.
Pedihh
Jangan sedih
Allah ' cuit' je pun.

Saya yakin pasti ramai yg sedang menunggu kan. Haaa saya? Ekeke. Ok lets through this.

Menunggu tu satu bentuk UJIAN Allah terhadap kesabaran dan kekuatan iman hambaNya. Kalau tak sabar, kita tentu akan buat pilihan segera. BERUNTUNG. Saya ulang. Beruntunglah ada org yg sanggup ' menunggu lama'. Bukan senang kan zaman sekarang nak cari lelaki yang sangt setia dan baik. Haa, jgn terlampau memilih sangat. Kelak, bila kita dah bersuami baru kita sedar yang suami kita tu orang yg benar beriman dan setia.


Last but not least, selamat hari rayaaa. Asal tak dengar bunyi mercun. Hoyeeahh.

posted from Bloggeroid

Insan dihati :*

*Shuuuuuupppppp*

Banyak naw habuk. Labah2 ada Nie semua pasal tak menghupdate blog terchenta. MUAHH.

Assalamualaikumm eberibadi. Hello olls. Haa bru nak bg salam yaw. Buruk naw perangai nye. Haa mentang-mentang dah jd residents melaka. Ber naw naw ye ehkau anis. Huuuu. Haaa lupa nak tnye, sihat? Apa khabar iman? Makin turun tak? Sama laa kita. Haus sgt. Jom ramai2 pakat cari geng usrah. Klu susah sgt, jom jd ahli surau. Sejukk sikit gelora iman ni hah. Cewahh gelora bak angg. Insan dihati? Seriyes kau anis dh ada insan dihati? Eh ofcourseee ade. Jgn pndangku sebelah mata *nyanyi2* . Hahaha siapa? Siapa? Jeng jeng jeng. Scroll bwh sat. Haaa tudiaaa insan yg ceq sayang. *nangis smbil lap lap hingus*







Sudah lihat? kepuasann menjelma? hahaha bajet je anis ni mcm la ade secret admire. hoii memg takde Kay. I tak cntik pun. Tak layak dipandang dan memandg. Nak jd solehah gituuu. Kalau adepun, meh sini jumpa father saya, ada berani? huuuuuu

Okay okay fokuss. Apa yg saya ingin ketengahkan adalah ewahhh bahasaku jiwa bangsa. Ekeke. Ok ok takpayah nak berpuitis sgt kan. Nti bosan pulak. Biorr santaii. Baca smbil minum teh o ais laici ke. Gulp. Sedapp dan dingin. Cayaq air liuq bak angg.

Hmm gini, saya ingin meluahkn rindu serindu2 kepada mereka ni hah which is warga A1P1 yg dikelolakan oleh hakim dibantu oleh masitah dan dibawah pinpinan puan rabithoh. Apa khabar puan agaknye ye. Rindu sgt ni. Masih teringt satu persatu ayat diaa. Nangis lelaju. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa matrikulasi medan melatih menjadi orang yg sangt sangt berdikkari. Everything kne survive. Yela kan jauh dr mak ayah. Kne survive kott.

Saya harap, org yg saya sayang ada sama sama bergembira di syurga. Saya tak pernah rasa sweets dlm persahabatan sblum ni. Terima kasih. Saya hargai sgt. Even sejauh mana saya melangkah, anda semua warga a1p1 still dihati. Serius.

Till meet again. Love by anis. Jaga hati, jaga iman.

posted from Bloggeroid

Ahad, 13 Oktober 2013

Saya tak cantik~

Saya tak secantik mereka..
Saya tak sebaik mereka..
Saya tak semanis mereka...
Saya tak selembut mereka..
Saya tak sesopan mereka..
Saya tak sekurus mereka..
Saya tak seputih mereka..
Saya tak sepandai mereka..
Saya tak sehebat mereka...

Tapi Alhamdulillah saya bersyukur dengn setiap kurniaanNya..
Ternyata semua indah belaka.

Saya dengn kekuatan kelemahan saya.
Mereka dengn kelemahan mereka.

Apa apa jadi sekalipun
Saya tak bolleh jd seperti mereka.
Dan mereka xboleh jd seperti saya.

Allah lebih indah. Sebab ciptakan semmua manusia istiimewa.
Istimewa di tempat brbeza.


Saya takkan mampu jadi seperti org lain.
Tapi saya tetap akan berusaha jadi wanita solehah Di pandangn Allah.

Saya akansentiasa perbaikii diri saya yg lemah ni lg hina.
Sebab khadiijah, fatimah, aisyah, rabiatul adawiyah, asiiah semua semua tu idola saya..


Moga allah tunjuk jalan. Bukan kerana dunia. Bukan kerana manusia. Tapi dalam usaha mengejjar cintaaNya.






posted from Bloggeroid

Sabtu, 21 September 2013

Uitm dihatiku~

Assalamualaikum eberyybody. How are u? Hati sihat? Iman sihat? Harapnya semua semua sihat sejahtera la ye. Ohkeh eberyone, *shuhhhhh* tiup habuk. Kiri kanan atas bawah smua brsawang. Kerja cik lelabah laa ni. Eh ade kaitan ke? Hewhewhew.

Okay, saya nak isytiharkan bahawa dengan berbesar hatinya saya akann ber** . Eh. Haha. Takdelaaa. Sape la nak kan i yg x omei ni ye. Huu. Dah anis dah cukupp. Lurus teruss.

Ekceli kan, sejak bergelar pelajar degree holder ni, banyak yg perlu
ambik kira. Itu la, ini la, byk naw nak mikior nye. Pening teman. Betul ckp org, as a student redha mak ayah super gigaa penting. Aku mengharap agar setiap derap langkahku diiringi dengn redha ibubapa. Hopefully.




Haa tudia my rumets-to-be

Hahhaha.lawak sumpah lawak. Adeke patot aku boleh tersalah bilik. Haiyooo. Mula mula dpt kunci, hoyeah gembira gilaa. Yelaa tak sabau nak jumpa rumets baru. Nak dijadikan cengita ade ke patot aku boleh silap kira pintu tangga sekali. Tuu la excited sgt. Tah pape tah. Rumets-to-be semua ye cantik dan bebaik.

But now, i got new roomate yg solehah. Roomate yg aku idamkan. Semoga aku menjadi solehah mcm dia. Setiap mlm dia mesti baca quran. Sejuk je hatini dgr. Melting sangatt. Hahaha.

Tapi seriyes uitm osem. Aku nak mula hidup baru. Nak aktif lebih dari biasa. Nak belajar memacam. Semoga encik hati tak buat macam macam time belajau ni.

Dalam padaku gembira, hati ni takboleh tipu kesedihan. Haaa rindu awak. Eh sape? Hihi. Sahabat saya. Aku ketawa ketawa tp deep down seriyes sedih masitah katy wani takda disisi. Takda org boleh nak share something. Rasa mcm xlengkap. Aku harap, sahabat baru aku nnti dpt terima perangai saya yg hapy go lucky ni. Hopefullyy.





Ok nmpk mcm tinggi kan? Hoi memg tinggi pun. Tercungap cungap den naik tanggo ni hah, ponat den. Sabor jelerr. Tp xpaa even tinggi melangit tp tiap petg mesti minum petg kat beranda tu hah smbil menghirup angin sepoi sepoi dan mencuci mata tgk kolej siswaa tuu hah. Amik kau skodeng dr jauh tu hah. Lawak betol bila ingt.


Ok dh mlm tido dlu ye. Cik abg dh tidur. Aku pulak duk memikior. Eeh sejak bila aku ada suami. Huuu

posted from Bloggeroid

Isnin, 5 Ogos 2013

Alfatihah.

Assalamualaikumm eberybadih. Apa khabar? Sihat? Iman? Sihat? Semoga kita kita terus kekal berada dalam redhaa Allah. Ye dakk?

Hari ni. Bersamaan dgn 28 ramadhan. Haa amacam? Ohkeh? Ade rasa boleh konsisten dak amal ibadat tu. Harap harap kita semua boleh konsisten ler gamoknye yer. Aminn. Sama sama kita doakan.

Pada saat ini, aku terngiang2 org yang telah tiada. Dia sgt memberikanku inspirasi utk menjadi istri solehah. Ewahh. Over kau jah. Tp tak mustahil kan?. Say yes say yes plis. Huhuhu. She is really mean to me. Dia adalah arwah atokku. Dialah ibu yg hebat kepada ibuku. Everything she do only for allah.

Nak dijadikan ceringita. Aku dn adik2 beradik memg jarang balik kmpg kedah. Almaklumlaa, kolumpoq to kokdiang jauhnye lahaii. Time raya n cuti jelaa balik. Sekrg, arwah dh takda. Genap dua tahun arwah tinggalkan kami. Rasa takde makna tanpanya. Tapi yg hidup perlu teruskan perjuangann. Gambatehhh ! . Malam ni kami buat kuih raya sesama. Penat, cemuih semua ada. Tp landa je ahh. Hasilnya. Ok ok laa. Dan superb

Lalu, tetiba aku tercium bau arwah. Hmmm rindunya. Ingt lagi arwah penah ckp

' sikit sama sikit, banyak sama banyak'

Aku pegg prinsip tu sampai sekrg. Buktinya? Aku dikelilingi kawan2 yg superb. Rezeki. Allah yg bagi. Alhamdulillah. Alfatihah utk arwah. Semoga beliau ditempatkan dikalangn hamba yg soleh. Aminn


Haaa, dh malam. Tunggu post seterusnya . Chaww.

posted from Bloggeroid

Jumaat, 2 Ogos 2013

anak sulong~ penuh tanggungjawab~



rindu usrahmate.

 
Assalamualaikum blogwalkers. saya doakan anda sesihat selalu ye .

hmm eceli, sebagai seorang kakak yg agak tak cantik mcm I nie. mestie nak yang terbaik utk adik-adik. yelahh kakak kaww jah . Sesiapa anak yang sulung je rasa camni . special kan ? hoyeahh . Tapi kekadang kakak nie mcm manusia biasa. normal . selalu nagging kat adik2. I bet , mesti ade adik2 tak suka kakak kakak dia time marah. yelaaah , kalah hantu kot. lagi2 kalau mengamuk . wahh memg terdiam semua, ye dak ?

Kakak adalah tauladan kepada adik . hmm yang nie betul . biasanya, kalau kakak nak tegur adik2 nya, mesti dorg cakap. 

'eleh kakak pun buat macam tuu dulu' 

err sentap kot, terus tak jadi nak tegur . sebab ape? adik2 ambik contoh kita dr masa silam . and yes memg masa tu kita nak berubah kan, tapi bila adik2 ungkit . macam ada senapang dekat kepala. tinggal utk tembak je. DUSHH . sentap kot. *perhatian ye adik2* kakak awk tuu tegur utk kebaikan , jangan tengok kesilapan masa lalu dia. ohplisss.

SIFAT ANAK SULONG......

1) ANAK MANJA EMAK(tp saya rasa saya manja ngn ayah, hikhikhik. nak calon suami macam ayah. ade tak? eh)
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL(err, headshot. sentap. rasa macam betul. maafkan saya mak ayah. kadang2 degil sikit)
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK(ahh betul, TEPAT)
Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA(HAHA. cer tanya adik2 saya. setia dak ?)
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH(err)
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI( sensitip woi)
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI(hihihi. erm erm. yeah)
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN(salah tuu. boleh je kerja)
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING(hahahha)
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.

Rabu, 31 Julai 2013

Muda mudi mantopp~

Assalamualaikum olls. Yuuuhuuuu. Shuuuuuuuu *tiup habuk* . Bersarang giloss. Byk pulak tu lelabah. Wahhh lama tak cuci. K stop.

Ape khabar anda arini? Harap harap sihat gamaknya ye. Haaa, badan semua sihat TAPI apa khabar iman kita agoknya ? Sihat tak? Tepuk dada tnye iman. Haaa ce jujur. *copy paste ayat seseorg*ampunn. Ewahh.



Haaa k olls, today, aku ingin ajak korg mengembara tgk umur kitaa, n buat anjakan paradigma. Hihihi. Amacam? Ketaq lutut dak? Relax ahh. Jiwa mau kentall bro.

Ya, umur. Acane kita pandang umur kita tu? Maybe ade yg rasa ' alah rilex ahh muda lg kot, lex luu' haa itu anak muda kita. Ye. Aku pun anak muda. Sama mcm anda( semoga org yg bacanie muda)
Apabila berbicara tentg tanggungjawab dan keseriusan dln hidup. Ramai antara kita termasuk aku ckp camni

"aku ni bru 18, muda lagilah"

" aku bru 20 tahun, relax derr"

Terasa muda bukan? Haaa nak tahu siapa remaja yg umur 18 tahun berkata :
" usamah bin zaid R.A time berumur 18 dh jd jenerel perang. Aku? "

Apabila umo 20 tahun:
"sultan muhamad al-fateh menawan kota konstatinopel pd umur 21. Kita?"

Terasa tua. Terasa sikit matang. Terasa diri ini kurg matang. Dan sepatutnya kita serius dgn umur kita ni. Terasa diri aku ni byk leka dgn peredaran zaman ni hah. Dgn wechat , line, kakaotalk ye laa. Terasa diri kita ni perlu berusaha keras dan tegas. Dimana kita ek?

Jom kita tgk acaner sultan muhammad alfateh yg baru berusia 21 tahun menawan kota konstantinopel. Muda bukan? Ade baya baya kita dak? Beliau yg masih young, malah beliau tahu kota tersebut tak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sblumnya. Maknanye ape? Susah kan nak tawan kota tu? 800 tahun kot. Kenapa dia, seorg sultan yg masih x bersenang lenang je dekat istana dia padahal bru 21 kot?

Ini sebb, beliau rasakan dirinya sudah 21 tahun. Masa utknya semakin sikit. Kerana, dia tidak tahu bilakah kota konstantinopel ni boleh bukk. Haa acano ngn kita?

Kita ni siapa sebenarnya? Remaja. Pemuda. Belia. Youths. Tetapi kita bukan remaja dan pemuda biasa ohkeh. KITA REMAJA DAN PEMUDA ISLAM. Tak bangga ke? So ape kita nak buat? Takkan goyang kaki jekot. Senang laa hidup klu gituu. Even kita tak boleh jd mcm sultan muhammad alfateh tu pun takpe, tapi bukanke kematangan dan keseriusan tu kita boleh bina. Ye kita boleh. Acano tu?

Bersungguh2 dlm meningkatkan kualiti diri. Menjadi hamba Allah yg terbaik, jd mukmin proaktif yang mampu sumbangkan 'something' trhadap islam.




Mula SEKARANG. Ye sekrg. Tanamkan dlm diri kita, kita mesti bg ' something " kat islam. Tak byk takpe, janji ada. Maybe boleh jd saham kita kat akhirat. Haaa who knows. ' something' apetuu? Alaa yg bg benefits utk islam. Ikut kreativiti anda.

Contoh, ajar kanak2 membaca. Tapi paling bagus ajar kanak2 yatim membaca. Jadi guru mereka even kita bukan cikgu. Tak kisah lah kau akauntan ke, pegawai bank ke, doktor ke, kerani ke, ape ape jelah, tak kisah spe pun dirimu. Pliss bantu. Yes for islam. Maybe kita takmampu menderma, tapi kita boleh bg bantuan dgn cara yg laen bukan. Haa saya yakin akan ade yg terbuka hati tu, sila search or google rumah anak2 yatim di sekitar rumah anda. Jgn pk panjang. Buat je ape yg kita rasa betul. Takpe allah akan bantu nanti. Trust me.

Klu yg anak2 org kaya ke, usahawan ke, tansri ke, ape kata laburkan sikit duit anda utk bukak pusat2 kebajikan di malaysia ni. Bukak rumah orang buta ke, rumah org autisme ke, ape ape jelah. Haa bg mereka kemahiran seperti menjahit,memasak, dandan rmbut, n others agar dorg dapat survive. Manatahu dorg lg berjaya dari kita. Tak mustahil kan? Tak bangga ke klu orang islam kita sendiri yg terkenal disetiap pelosok negara. Haa tak ke megah islam nanti. Bru laa ramai org menyanjung kewujudan islam.

Hmmm ekceli, ni pandangn eden je. I ade bercita2 nak buat ni tapi perlukan someone sokong aku dari belakang. Anyone? Hihi insyaallah suatu hari nnti. Doakan olls.

Berapa umur kita sekrg?
Apa yg kita sumbangkan utk islam?
Agak2 kita hidup smpai bila?
Jom, kita ubah cara pandang, n do anjakan paradigma. Ye utk islam.

posted from Bloggeroid

Rabu, 24 Julai 2013

Degree to-be

Assalamualaikum olls. Olla. Hello. Hi. Vanakam.eh kebenda tah aku nie. Hihi

Err cubit pipi kang bru tahu. Alololo. Selama 1,2 3 ehh 4 bulan terseksa jiwa raga menganggur dirumah. Hmm yelah. Goyang kaki jekan kat rumah. Ehh bukan wokeh. I kerjaa. Kerja apa anis woi? Hmm kerja , kerja jual eskem je. Kerja paling syok kot. Err. Maluu weh. Eleh tapi takpe buat apa nak malu, pendapatan aku seharian aku kot nk cari duit sikit2 buat tmpung duit dekat U nnti. Takde la nk harap duit mak ayah nnti. Ye dak?

Hmm lepas nie, aku akan sentiasa busy mcm kat matrik eh ke lagi busy dr matrik. Hmm degree kot? Aku rasa macam tak layak je. Dengn usia bru , hmm yelah 19 dah nk ke degree. Waa mmpukah aku? Hmm. Takpe aku tahu aku mmpu. I can do it . Yelah , Allah dh aturkan segalanya. Maybe dah tertulis aku mampu harungi cabaran utk ke degree . Who knows? Hmm lepas nie assigment menimbun. Jejalan sana jejalan sini. Tak lepas dgn laptop. Hmm macam2. And yes, mentaliti kena matang. Perangai pon kena matang. Oh my! Alaa lepas nie takboleh pangai gegila dah laa. Hmmm eh salah tuu, boleh je jd pangai gegila tp kena matang dlm segala hal. Waaa mampukah aku? Waa takut. Nak kawin jelaa mcm nie *ngengada*







Bachelor of tourism management

Eleh, ape barang kos tu, tak gempak ahh . And so cikai. Belajar tinggi2 bidang tu je. Baik jd akauntan? Bank ke? Sedap la sikit. Errr.

Tahu tak dah lama aku nak kos ni, Ingat lagi, penah dedulu ckp kat mak n ayah nak jd tourist guide. Tapi tak kesampaian hajat tu. Mak ayah pangkah abis abis kos tu. Sedih tau ape yg kita suka, org lain tak suka. Hari hari ckp kat mak ayah pasal cita cita saya ni. Lama lama naik giveup sebb yelah ape yg kita nak tak direstui.

Klu kita nak brjaya. Redha dan restu mak ayah tuu penting.

Saya selalu pegg kata kata tu. Yelah saya nak jadi org berjaya didunia dah terlebih berjaya di akhirat. So kena berkorban apa yg kitaa suka tuu, asal mak ayah restu apa yg kita buat . Ye dak? Last last aku lupakan jela apa yg aku minat tu. Teruskann citacita apa yg mak ayah restu.hmm akaun laa. Mak ayah harapkan aku jd akauntan ke , pegawai bank ke? aku mcm mane? Boleh ke terima subjek akaun tu? Hhmm aku sejujurnyaa takde masalah pun dgn subjek akaun ni. Feberet gituu. Tp takde soul laa. Kiranya apa yg kita buat tuu tanpa rasa syok or keghairahan dlm akaun ni.

HEBAT PERANCANGAN ALLAH. Sekuat mana pun kita tolak, klu tu dh terbaik utk kita, nak buat acano kan. Maybe dah tertulis jodoh aku dgn kos ni. Hmm gembira ada sedih ada. Tp alhamdulillah syukur. Bolehh jd nie nikmat dan ujian utk aku. Hmm semoga aku buat ini semua utk islam. Aminn.


Thanks kpda awak2 yg jalan2 dekat blog aku. Jasamu dikenang. Letakkan jejak anda. I will follow u .

posted from Bloggeroid

Ahad, 21 Julai 2013

Ramadhan kembali~~

Assalamualaikum eberybadih. Haaa apa khabar iman anda hari ini? Bersyukur kehadrat illahi kerana temukan kita dlm blog nie, haaa amacam? Ada mcm naqibah tak? Err kfine . Takde ciri2 . Hihi. Maafkan diriku yg hina dan penuh kekhilafan. Ewahhh bangga cikgu bm I jah.

Hari nie, puasa tak? Hihi masih belum lambat lg kan nak ucap ahlan wasahlan ya ramadhan. Hape laa anis ni, bru nak ucap ke? Wah biar kat eden laa, janji eden ucap ye dak?. Hihi

Haa dlm bulan puasa laa kita diuji macam2. Puasa makan, puasa lidah, puasa mata . Haa puasa everything laa kira nya. Sebb apa? Only for allah. Dalam bulan nie SAHAJA allah bg banyak pahala yg berlipat ganda. Cuma kita je. Nak ke tak nak. Dalam bulan ramadhan nie jugak, Allah bukk pintu syurga seluas luasnya dan tutup pintu neraka serapat2nya. See , maha penyanyang dan pengasihkan Allah. Jom jom kita melahirkan rasa kasih dan sayang kita kpada allah. Dengan cara? Solat lima waktu. Puasa semuanya. Jaga itu ini. Bayar zakat. Haa tak lupa juga, solat terawih. DAN sahur.




SOLAT TERAWIH.

Kalau ramadhan datang, tak sah kalau tak terawih. Terawih ni banyak sgt fadhilatnya. Smpai tak boleh dikira dgn jari. SubhanaAllah. Kepada cik abg cik abg kat luar tu dinasihatkan laa berjemaah di masjid. Bulan ramadhan ni laa masanya nak melatih diri anda whether bro yg sweet or cuweet. Kepada akak akak mak mak, kalau rasa anak2 mengacau anda ketika berjemaah kat surau, solat la kat rumah. Tp apa salahnya bwk anak2 tuu, boleh ajar dorg supaya jd bebudak yg cintakan masjid. Haa mana tahu suatu hari nnti jadi imam yg berjaya ekoran dari didikan anda yg ampuh sejak dari kecil lg. Haa sejuk perut anda mengandung.

Eh mak dah pggil dah tu. Till meet again eberybodih. Jgn lupa puasa ye?

p/s : jangan jadikan meniaga di bazar alasan kenapa kita tak perlu puasa. Memg penat puasa dan niaga. Takpa allah ada. InsyaAllah rezeki bertambah. Dun worry keh.

posted from Bloggeroid

Saya kembali mengganas~

Assalamualaikum

Hello oolls earthling. Maaf sudah sekian lama saya tidak menghupdate blog terchenta nie. Haaa bersarang naww nampaknye. Takpelah jom reramai tolg bersihkan blog saye yg kian pupus nie. Ehh . Jangan laa pupus. Sedih I. Haa, ape? Ape khabor semua? Oke ayat bm aku dh mai dh. Nie semua berjangkit dgn seseorg nih. Geram. Sape? Tak perlu laa saya sebutnya. Maluuu wehhh. Kikiki . Kikiki eh berangan pulak dah. Jom tgk gamba.

Taraaaaa.









Ape ke cantik naw muka aku nih.
Kikiki. Maap semua. Jeng jeng



Haha nampak tak kegembiraan aku di matrik penang. Wah wah. Seriyes jaman matrik mmg olsem bak ang. Jaman matrik la aku tahu macam macam. Meh nak crite, dulu aku pakai android , nak dekt setahun pakai . Sumpah taktahu langsung laaa boleh muka buku, pencicit, bagai vagai tuu, haa nak dijadikan
ceghita kat matrik laa aku belaja macm2. From zero to infinity. Kikiki. Haaa nak habaq yg aku nie tak ngeti loghat penang. Sampai ada org ckp aku jgn ckp bahasa penang. Perosak bahasa penang. Perhhh sentap bak ang. Tapi seriyes klu korg dgr , bunyi mcm siam. Kikiki



Haa nie naqibah aku. Amacam? Omei tak? Ade berminat? Ehh ampun katy, ok ok sorry . Kepada yg berminat sila doa dlm hati ye. Hihi. Haa namanye semanis orangnya. Siti khatijah . Berjiwa besar. Seorg daie yg mengejar redha allah.
Uhubukifillah katy. Dia ajar aku mcm2 . Tak sangka allah jodohkan aku dgn dia. First dulu, aku takut aku dpt kwn yg tak oke. Tp allah dah ckp klu nawaitu kita baik n betul, Insyaallah allah tolong. So dekat matrik , allah jodohkan aku dgn org yg hebat2. Sgt hebat. Yg boleh menggugah jiwa aku dr penuh dgn maksiat berubah sikit2 ke arah yg lebih baik. Insyaallah.

Ok.dah malam nie. Tido dlu. Assalam
posted from Bloggeroid

Bloggerdroid

Okay first time guna bloggerdroid. So jakun sekejap. Kikiki

Isnin, 4 Februari 2013

apa kono eh jang ~

assalamualaikum kengkawan semua .

sorry ye jrg menghupdate blog sebb kemalasan menghambat jiwa yg fragile nie .

saya ada kat kl . nak menghilangkan stress . hooreyyy balik rumah . boleh melantak tak hengat dunia . SEDAP . yummy . fullstop . doakan saya yee :)


nih gamba classmates sye .  dorang laa yang menyerikan kehidupan saya . alhamdulillah . terima kasih Allah.

Rabu, 2 Januari 2013

Rindu .




Asslamualaikum peeps .
holla , hello , hai , kumusta , anyeong , vanakam dan bagai bagai .

Sangat rindu tiba tiba utk Menghupdate blog yg tidak seberapa ini  setelah sekian lama menyepikan diri .*sambil lap lap air mata*

Ada org rindu tak ? kompem takda kann .

okay okay fokus !

MAN JADDA WA JADDA .

sesiapa yg berusaha dia yg dapat.

 cop cop , Ade tak aku usaha ? berbaloi tak usaha aku yg sikit tuu tp merintih nak dpt kan kejayaan . kahkahkah *gelak jahat* . org laen berhempas pulas berusaha siang dan malam utk berjaya , sedangkan kau hanya duduk berdiam diri tp mengharapkan kejayaan . MIMPILAH kau anis .

betol tak tipu nie.

Jangan awak nak merintih klu tak dpt apa yg kita usahakan , SABAR . ade yang lebih manis menanti awak .

okays . azan dah berkumandang menandakan masuknya waktu magrib . cehwah mcm dlm tv pulak . goodbye oollss .

p/s : jom baca matsuratt