selamat datang ke blog saya . don't forget follow me . Doakan saya menjadi muslimah sejati. semoga saya ,awak, ye kita semua mencapai redha allah . pray for syria . doakan saya yaww

Rabu, 2 September 2015

part 3 : Second day and Thirds day of Thailand!

Di Krabi !

Helloooo pembaca setia sekalian. Dah tak sabar nk tahu episode seterusnya? hahaha cewah konon retis kau anis. Ok ok, *tarik nafass, hembusss* ambik mood sekejap. Almaklumla, dia memg ghairah nak tulis tapi free time tu,takde. So tu yang membuatkan lambat tu. Hiks!

Second days of Thailand.

1) Naik Gajah!

Okay, bila kita ke negeri Thai ni, simbolik dia ape? cuba teka cuba teka. Dapat jawab ke idoks? Takpe takpe chills. Meh iolls bagitahu. Simbolik utk negara Thai ni ialah the most biggest animal in land which is Elepahant. Yes betul, Gajah merupakan simbolik kepada negara Thailand. Kalau datang sini, kena naik gajah. Gajah dia sangat sihat sihat dan mendengar kata. Tak nakal pun. Tp biasala kegayatan nak naik gajah ni sangat maksima. Yelah first time naik gajah, buat nye gajah tu jatuh. Tak ke terduduk eden. Haha Tapi jangan risau, siap ade guide gajah yang bertauliah dan power yang akan meng'handle' gajah tu sehinggakan gajah tu comel je dengan kita.

First mula mula datang je tempat tu kita kena tunggu kejap sebab gajah tu tengah bawak orang yg dtg awal. Sambil2 tunggu owner gajah tu bagi makan nenas! sedapppnyaa lemak lemak manis. ummmpp. Kecur ayaq liuq sampai sekrg akak! Sambil2 makan, kita dapat hirup pulak udara segar. Tempat tu macam kampung2 tau. Kitaorg mcm tak espect pun kawasan kampung macam tu ada gajah. Mula terbayang kalau ade gajah ni mesti tempat dia luas tapi tempat dia ok ok je. Track laluan gajah tu jauh sikit la sesuai dengan gajah comel tu semua. Tp serius memang awesome laa.

Bila naik gajah ni terfikir, bayangkan haiwan yang besar ni boleh dengar cakap manusia, sedangkan kita yang kerdil ni tak pernah nak ambil peduli alam sekeliling. Yang ada .


2) Blue pool & emerald pool

Mula mula nak sampai emerald pool ni, kitaorg duduk dalam van lama jugak la. Smpai trrtido. Sampai sampai je mula mula ingt blue pool ni mcm kolam renang ke, pantai ke. Sbb pool kan. Tengok tengok ehh sungai laaa. Tp make sense jugak dia panggil pool sebb dekat setempat je warna biru. Lepas tu setempat lagi kolam warna hijau. Ingtkan macm buatan ke api tapi ori kayy.

Sebelum mandi manda, kitaorg g blue pool dlu. Dia dalam satu kawasan je tau. Nak ssmpai ke blue pool, kita jumpa dlu emerald pool. jalan jalan lagi dlm 800 meter jumpa la blue pool. Mula mula sampai, terkejut eh nape warna biru ni air dia. First time tgk live kolam biruuuuu wehh. Berdebar den. SubhanaAllah. Syok tengok. Tp blue pool ni takley mandi. Dia ley tangkap gamba je. Yang isimewanya blue pool ni, bila kita tepuk2 dia keluar bubble.

Oh nye, bila pergi sini takde makanan tau. Sbb nye takde tanda halal. So better bawak la jajan jajan sikit. lapik perut. Lepas tu, make sure JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!

Lepas dah berpeluh satu badan, tangkap selpiaq bagai. This is the right time to swimming! Kami punn terus turunn sbb nak pergi mandi emerald pool. yehuuuuu. Jernihnye air. Nampak mukaa kau jahh. flawlesss beb. Licinnn batu dia. kena hati2. Air dia sgt dalam. Kalau aku punya ketinggian, boleh sampai ke tengkuk tau jah. Kalau bawk anak2, makesure ade pelampung!


3) Spa massage! & shopping time!

Malam malam kat krabi ni, tak sah kalau korg tak pergi shopping! Harga standard malaysia. Tp still quite ok. Ekoran dari kejatuhan duit kita, i made a decision taknak beli souvenirs lebih2. Beli yang penting je untk family, kawan2 n kawan ohsem tu. Siapa diaa? secrettt hahaha. Ok aipp jangan tanya siapa.

Time kat aonang street ni boleh jalan kaki je sebb dekat sngat dgn hotel buget kitaorg. Tp abg mat ni baik betul hantar kitaorg g aonang street ni naik van. So, well lepass cuci2 mata, tgk street maknyahh yg glamour.

Satu pengalaman takley lupa, bila maknyah glamour letopss tu kne reject yg abg azahar tour guide kitaorg sebb nye maknyah tu tawarkan perkhidmatan tangkap gamba dgn dorg tp kne byr 100 bath bersamaan rm10 tp kne reject. hahahahha lawak. Carutt nyah tu dalam bahasa dorg. Abg azahar tu selamba jee. Ye laaa mana taknya, kau mekap tebal2 baju mcm princess tp kena reject. Tak ke malu? hahaha

Lepas dah penat jalan n gelak gelak semua, kami pergii spaa massage. Ya Allah sgt murah. urut kaki 200 bht, urut badan 200 bht, Oil massage 250 ht. Murahh wei. 200 bht tu 20 hengget wehh. Kat tempat kita paling kurang 50 ringgit kalau massage kaki. Uuuu rindunyaa massage kat Thailand. Lega weh.

Bila dh penat, balik tidoo semua tido awal. Maybe darah jalan lancar lepas massage. Nitee oollss.

Day 4 of Krabi

1) Island Hoping

Lepas sarapan sedap, kitaorg g Island Hoping which is g melawat Chicken Island, Phi phi Island and etc. Duduk atas bot, di tengah lautan buatkan diri terasa kerdil. Sangat kerdil.


Bila fikir balik, bila kita travel ni buat kita makin bersyukur, makin merendah diri, makin ingt Tuahan sebb kita tgk fenomena ciptaan Allah yang sangat hebat. Kita tak boleh agak pun benda tu berlaku. Contoh, chicken Island, ikut logik kenapa pulau tu bentuk ayam? ade org ukir ke? Takkan la org nak ukir smpai naik atas pulau tu. See tak make sense kan bila kita fikir mcn tu but pulau tu semulajadi dah jadi bentuk ayam tu. Kuasa Allah. Yes kuasa Dia yang Maha Besar, Tuhan segala alam semesta. Dia yang menjadikan semuanya. Senyum. Kerdil sgt diri ni. This is reasons why i want to keep travelling. Biar hati ni mekar dgn ingat-ingatan kepada Allah, satu-satunya Tuhan Alam semesta. Hati Tenang.

Yes here we are! Krabi Islands which consist of gabungn pulau pulau yg ohsem mcm poda Islsnd, Ralley beach, Chicken Island. Bila kita cakap krabi, semua omputeh teringin nak pergi. Sebab dorg kata kat sini best. Air jernih, Sejuk, Sunyi je. Yes! Betul sgt tu. Proven!

Ya Allah air dia sgt jernih tau. Kau mandi still nmpak seluar kau pakai. Jernih. Dahlah dalam. So ape lagi, sis bukak kuak lentang lah. kah! menyesal tak reti berenang. Kena pergi kelas berenang lepas ni. sis nasihatkan, kalau nak g sini makesure reti berenang bru best. Tp kalau tak reti takpe dorg bg jacket keselamatan. Dont worry. For family, jangan mandi dalam2, takut anak lemas. Dalam wakk. lepas penat mandi, masing2 naik bot tidoo. Nyamannn.

The end of Krabi! Bye bye krabi. Lepasni kita jumpa lagi. Next trip pleaseee!












posted from Bloggeroid

Selasa, 25 Ogos 2015

Part 2 : Ke Thailand kah dikau?

Heloooo olllss. Meh rapat-rapat sini iolls ade benda nak share dengan chuolls. Wah, pelik naw bahasa ekau anis. *tukar bahasa* hahahaha.

Setibanya kami di Padang Besar, Perlis dan selepas settle semua emegresen. Maka, berangkatlah kami dengan jayanya!. Mula mula ingat siapalah encik azahar ni. Rupernyaaa orang kedahh kitaa jugak. Maka, keluaq jugak la kedah celup kita. Dah semuo dok pakai bahasa utaghaa, cek pun tingin jugak nak cakap. hehehe. Ok back to realiti.

Oh ye, pakej yang saya guna selama 5hari4Malam which is about rm700++ something for pakej tak termasuk transport, makan and souvenirs. So, sape2 yang nak murah boleh try pakej 3hari2malam tu. Murah sgt dah tu bwh rm500 kira ok la. 

Untuk pengetahuan saudara, saya hanya berbelanja sebanyak RM300 malaysia je sepanjang di Negara Gajah! rm300 malaysia bersamaan 2700 baht ++ kalau tak silap(ikut currency semasa)

haa, ok kawan- kawan. Here are some activities that we are doing during the first day.
1) Hatyai Icedome.

kalau tak silap, kami tiba di Hatyai pada pkul 10am Thailand. Jadi kami terus berangkat ke Hatyai Icedome untuk menikmati kesejukan yang luar biasanya disini. Kalah I-city punya sejuk. Macam biasa bila masuk tempat sejuk, menggigil lutut bakhanggg. Kalau naktau ape yang ade dalam ni, korang kena datang sini and enjoy the moments. Syok!

2) Kloanghae Floating Market

Tempat kedua yang kitaorang pergi, ni hah. Pasar makanan segala jenis makanan thai pun ade. Yang lagi syok siap kita beli kat sampan dorang tu hah. Dahlah murah, sedap pulak tu. Perut pulak lapar memang habis la kami taram! hahaha

Makanan yang anis beli time ni berjumlah 35baht utk mee kolok, 20 baht utk air longan, 10 baht utk mineral. Beli ayam 2 ketul baru 20 baht. Total up kat floating market ni 85 baht for lunch!

3) Chang Kuak Camp

Di sini, kami hanya dibawa utk get used dengan suasana dan bau si Gajah. Yelaaa budak pekan masuk kampung, kang takut menangis pulak mengadu nak balik. Haahaha. Yang syok si mai, hani mieda n kak ain boleh pulak g bantai main AGV. Alaaa yang motor bergerak tu. Kat Thailand ni bru 500baht je. Kalau duit Malaysia macam 50 hengget ler. MURAH kan? kalau kat malaysia tak dapat dik main AGV yg murah giler tu. Maybe ade, tapi kami tak sempat jumpa la kot.

4) Berangkat ke krabi.

Lepas dah selesai semua, masuk la van. Jom kita ke krabi! 5 jam perjalanan dari hatyai.

Selesai day one. Day two in progress! banyak lagi ni tempat travel guide ni bawak.




Isnin, 24 Ogos 2015

Part 1 : Ke Thailand kah dikau?

Haluuuuuu everyoneee! Maap lerr, blogger berhabuk tahap kronik sangat ni. Maap ler sebb mood nak menulis tak datang ekoran daripada kerja assignment dan aktiviti Kelab Warisan Budaya yang menimbun. Sekarang cuti sem dah bermula. Moh kita holidayssss.

Oh yee, korang Amacam? sihat tak? ade sakit2 ke? stress kerja menimbum? Assignment banyak setiap minggu kena submit? Rasa nak bercuti tapi taktau nak pergi mana yg murah2? Teringin nak berjalan luar Malaysia tapi low confident takut sesat? Nahhh here I have a solutions! Satu satunya pakej percutian buget yg termurah diMalaysia. Ulang balik. Paling termurah di Malaysia okay. TERMURAH.

Sebelum saya bagi tahu siapa orang yang saya rahsia sangat tu which is travel agent or travel guide yang saya guna, alaaa yang paling termurah dalam Malaysia tuu. Jom ikuti kisah pengembaraan saya ke Negeri Gajah yang penuh dengan pelbagai khazanah laut seperti laut-laut, pantai-pantai, hutan bakau, Hotspring pool dan etc etc.

Bila anda ke negara gajah ni, anda akan rasa seperti di negara sendiri. Ye negara kita ni, Malaysia. Sebabnya, keadaan bentuk muka bumi yang sama, design rumah kampung yang sama, citarasa makanan yang sama, rupa orang melayu yg sama. Sehinggakan anda akan terkeliru bila pergi Thailand ni, eh dia ni orang Melayu ke? Asal muka macam orang melayu je. Kang nak tegur malu, keluaw bahasa Thai kang. Ternganga aku. Kah. 


Yang membezakan kita dan negara Gajah ni ialah dari segi bahasa dia. Tp mostly, ramai orang Thailand pandai cakap melayu. Sesetengah jela. Tp ade jugak tak reti Bahasa English. Cara paling selamat, gunalah agent yang awesome.

Bila kita datang Thailand ni, dorang sangat bagus bila greet kita dengan lemah lembut. Teringat lagi, bila jumpa je orang Thailand, diaorg akan sebut 'Sawadikaaa'. Bila dengar lama lama bahasa Thailand ni sangat  lembut. Sopan je.

Semasa di negara gajah ni, kami kunjungi 3 negeri which is Hatyai, Krabi and Phuket. Bila pergi je 3 tempat ni bermakna anda officially dan kunjung SATU Thailand ok. Satu Thailand.


Orang duk tak abis abis tanya kau naik ape g Thailand haa? murah tak? Taraaa, ni hah aku pergi Thailand guna keretapi Tanah Melayu Berhad( KTMB). Selesa dan selamat. Selesa sebb guna gerabak yang tidur tu. Kiranya sampai2 je KL sentral, ambik train KTMB, check in kat tempat tido tuu. Fuhh selesa. Kalau tak silap, cost train ni pergi balik, Rm+/-120. Not bad la, kalau naik flight pun lebih kurang je harga pergi and balik. Kalau nak booking train ni, kena booking awal sebb takut habis. Kalau habis terpaksala duduk dekat seat train. 12 jam kott duduk dalam train. Kematu kaki. Better ambik tempat tido.


Setiba di Padang Besar, kami dikehendaki ke imegresan Malaysia dan Thailand. Lepas beres semua benda which is cop dan scan bagai. Ok! Pengembaraan bermula. Yahoo. 


part two ondheway. 



Selasa, 4 Februari 2014

Manisnya gula-gula










Assalamualaikum awak semua. Saya nak awak tahu yang saya selalu doakan awak dimana korg berada.Semoga kita berjodoh ye . 


Awak yang sedang diuji Ilahi,

"sometimes we must get hurt in order to know. Sometimes our vision clears after our eyes are washed away with tears"

Apa yg awak perlu, bangun & teruskan hidup terlebih dahulu.. Hikmah itu akan tersingkap bile tiba masanya..
And dat time... Awk akn rase betapa beruntungnya terpilih untuk diuji...

Juz remember,
.
...and once the storm is over, u wont remember how u made it through, how u managed to survive. U wont even be sure whether the storm is really over. But one thing is certain, when u come out of the storm, u wont b the same person who walked in!-harukimurakami-

Apa sahaja ujian ( kerja, psgn, anak, harta, kesihatan ) jalan penyelesaian hanya satu!

SOLAT & SABAR

Allah is always there.

Fighting!!


cc PDH

Ahad, 2 Februari 2014

Saya dan Awak~




Assalamualaikum warga bloggers semua. Sihat? harap harap sihat la gamoknye yer. Saya? saya alhamdulillah semakin sihat ekoran daripada bercuti sem sekrg ini. haaa memang syok tahap tak ingt la bila cuti ni. Agaknye mesti ramai yang meluat tgk muka aku kat rumah ni. Asyik asyik tengok muka yg sama. Mcm dh takde org laen. Cliche sgt wak. *senyum nampak gigi* 

 Agak agak kan, ape yang kita nak capai dalam dunia nie sebenarnye ye? 


  • suami yang hensem?
  • kaya raya?
  • kereta ferrari?
  • Bini superb ?
Sila nyatakan di tempat kosong ini ___________________. 



Saya yakin semua pasti mahukan sesuatu yang boleh beri kepuasan dan kebahagian kepada diri sendiri bukan? Tepuk dada tanya selera. Sejauh mana ape yang anda ingin capai. 

Takkan kita nak bekerja keras sehingga mengabaikan perasaan org sekeliling ?

atau kerja keras sehingga tak beri masa utk diri sendiri?
. Kerja keras sehingga lupa nak cari pasangan hidup dan etc etc?

. Heyy okayy kemon eberibody yg life dia HANYA DENGAN KERJA. wake up man. Give urself some space to rest and calm

.
Untuk ape kalau kerja kalau bukan sebab allah?

 untuk ape kalau kerja kalau bukan sebab UMMAH?

 Semua tu no point klu tak diselitkan sebab allah. saya ulang sekali lg, NO POINT. Hanya yang awak dapat hanya sia sia.

Haaa why not jom ikot saya baca ini. Baca perlahan lahan ye,


  'Saya bekerja dan menuntut ilmu hanya untuk allah dan ummah '

So how? ade tak rasa perasaan halus yg tak mampu digambarkan dengan kata kata. Sesuatu yang menenangkan jiwa? Ade kan ade kan ? kalau takde memg awak tak ikhlas dengan kerja awak tu. So nanti awak akan rasa, kerja yg awak buat tu flow je as ur order. Tak percaya? Cubalah sekrg.

So, mulai dari hari ni. Jom selitkan niat ape yg kita nak dalam hidup ini dan pastikan niat itu diselitkan only and only if utk ALLAH dan UMMAH.


p/s : Hari dah malam. Hati ni bercelaru. Maaf pada semua yg saya tersakitkan hati. Kadang kadang rasa nak je pergi depan depan org tu dan ckp awak yg selalu ade dalam doa doa saya, awak yg selama ini org yang saya tunggu tetapi malangnya tak mampu nak cakap ekoran dari perasaan malu yg menebal. Hnye mampu doa dan doa. Doa kan senjata Islam. right semua?  keep praying and tunggu. Perancangan Allah hebat. 





Jumaat, 13 Disember 2013

Hati Ini~



Assalamualaikum oollsss . apa khabar ? sihat ? harap harap semua sihat laa ye.

saya teramat busy sgt lately. banyak naw event yg kne handle. dengn assignment nye la. Test nye la. semua semua la . penat sgt. Tp kena ingt, dunia ni tempat kita penat . Syurga nnti tempat kita bersenang lenang lepak lepak.

Apa khabar hati awak? Hati saya tak sihat. Dicemari oleh perasaan perasaan yang rasa tak layak untuk diri yg lemah ini hadapi. Siapa kat sini kejar cinta manusia? . Saya salah seorang nya. Pencinta manusia. Tetapi apa pengakhirannya? Akhirnya saya yang rugi memperjudikan perasaan pada orang yang salah. so saya decide .


Taraaaa


Bila hati menyintai seseorang,bila jiwa mula suka padanya,berdoalah moga Allah menyatukan hatimu dengan hatinya.Pikat hatinya dengan lafaz Doa, bukan bicara manis. Antara lafaz Doa dgn bicara manis, Doa lagi power tau
Andai jodoh, tak kemana.

Ini je cara saya kurangkan sikit rasa cinta saya terhadap manusia.  Mungkin tak banyak, atleast kita cuba.


Mata dah ngantok. Td ade dinner suits and dress. kenapa bukan saya yg jd queen? Eh. hahaha