selamat datang ke blog saya . don't forget follow me . Doakan saya menjadi muslimah sejati. semoga saya ,awak, ye kita semua mencapai redha allah . pray for syria . doakan saya yaww

Rabu, 2 September 2015

part 3 : Second day and Thirds day of Thailand!

Di Krabi !

Helloooo pembaca setia sekalian. Dah tak sabar nk tahu episode seterusnya? hahaha cewah konon retis kau anis. Ok ok, *tarik nafass, hembusss* ambik mood sekejap. Almaklumla, dia memg ghairah nak tulis tapi free time tu,takde. So tu yang membuatkan lambat tu. Hiks!

Second days of Thailand.

1) Naik Gajah!

Okay, bila kita ke negeri Thai ni, simbolik dia ape? cuba teka cuba teka. Dapat jawab ke idoks? Takpe takpe chills. Meh iolls bagitahu. Simbolik utk negara Thai ni ialah the most biggest animal in land which is Elepahant. Yes betul, Gajah merupakan simbolik kepada negara Thailand. Kalau datang sini, kena naik gajah. Gajah dia sangat sihat sihat dan mendengar kata. Tak nakal pun. Tp biasala kegayatan nak naik gajah ni sangat maksima. Yelah first time naik gajah, buat nye gajah tu jatuh. Tak ke terduduk eden. Haha Tapi jangan risau, siap ade guide gajah yang bertauliah dan power yang akan meng'handle' gajah tu sehinggakan gajah tu comel je dengan kita.

First mula mula datang je tempat tu kita kena tunggu kejap sebab gajah tu tengah bawak orang yg dtg awal. Sambil2 tunggu owner gajah tu bagi makan nenas! sedapppnyaa lemak lemak manis. ummmpp. Kecur ayaq liuq sampai sekrg akak! Sambil2 makan, kita dapat hirup pulak udara segar. Tempat tu macam kampung2 tau. Kitaorg mcm tak espect pun kawasan kampung macam tu ada gajah. Mula terbayang kalau ade gajah ni mesti tempat dia luas tapi tempat dia ok ok je. Track laluan gajah tu jauh sikit la sesuai dengan gajah comel tu semua. Tp serius memang awesome laa.

Bila naik gajah ni terfikir, bayangkan haiwan yang besar ni boleh dengar cakap manusia, sedangkan kita yang kerdil ni tak pernah nak ambil peduli alam sekeliling. Yang ada .


2) Blue pool & emerald pool

Mula mula nak sampai emerald pool ni, kitaorg duduk dalam van lama jugak la. Smpai trrtido. Sampai sampai je mula mula ingt blue pool ni mcm kolam renang ke, pantai ke. Sbb pool kan. Tengok tengok ehh sungai laaa. Tp make sense jugak dia panggil pool sebb dekat setempat je warna biru. Lepas tu setempat lagi kolam warna hijau. Ingtkan macm buatan ke api tapi ori kayy.

Sebelum mandi manda, kitaorg g blue pool dlu. Dia dalam satu kawasan je tau. Nak ssmpai ke blue pool, kita jumpa dlu emerald pool. jalan jalan lagi dlm 800 meter jumpa la blue pool. Mula mula sampai, terkejut eh nape warna biru ni air dia. First time tgk live kolam biruuuuu wehh. Berdebar den. SubhanaAllah. Syok tengok. Tp blue pool ni takley mandi. Dia ley tangkap gamba je. Yang isimewanya blue pool ni, bila kita tepuk2 dia keluar bubble.

Oh nye, bila pergi sini takde makanan tau. Sbb nye takde tanda halal. So better bawak la jajan jajan sikit. lapik perut. Lepas tu, make sure JANGAN TINGGALKAN SAMPAH ANDA!

Lepas dah berpeluh satu badan, tangkap selpiaq bagai. This is the right time to swimming! Kami punn terus turunn sbb nak pergi mandi emerald pool. yehuuuuu. Jernihnye air. Nampak mukaa kau jahh. flawlesss beb. Licinnn batu dia. kena hati2. Air dia sgt dalam. Kalau aku punya ketinggian, boleh sampai ke tengkuk tau jah. Kalau bawk anak2, makesure ade pelampung!


3) Spa massage! & shopping time!

Malam malam kat krabi ni, tak sah kalau korg tak pergi shopping! Harga standard malaysia. Tp still quite ok. Ekoran dari kejatuhan duit kita, i made a decision taknak beli souvenirs lebih2. Beli yang penting je untk family, kawan2 n kawan ohsem tu. Siapa diaa? secrettt hahaha. Ok aipp jangan tanya siapa.

Time kat aonang street ni boleh jalan kaki je sebb dekat sngat dgn hotel buget kitaorg. Tp abg mat ni baik betul hantar kitaorg g aonang street ni naik van. So, well lepass cuci2 mata, tgk street maknyahh yg glamour.

Satu pengalaman takley lupa, bila maknyah glamour letopss tu kne reject yg abg azahar tour guide kitaorg sebb nye maknyah tu tawarkan perkhidmatan tangkap gamba dgn dorg tp kne byr 100 bath bersamaan rm10 tp kne reject. hahahahha lawak. Carutt nyah tu dalam bahasa dorg. Abg azahar tu selamba jee. Ye laaa mana taknya, kau mekap tebal2 baju mcm princess tp kena reject. Tak ke malu? hahaha

Lepas dah penat jalan n gelak gelak semua, kami pergii spaa massage. Ya Allah sgt murah. urut kaki 200 bht, urut badan 200 bht, Oil massage 250 ht. Murahh wei. 200 bht tu 20 hengget wehh. Kat tempat kita paling kurang 50 ringgit kalau massage kaki. Uuuu rindunyaa massage kat Thailand. Lega weh.

Bila dh penat, balik tidoo semua tido awal. Maybe darah jalan lancar lepas massage. Nitee oollss.

Day 4 of Krabi

1) Island Hoping

Lepas sarapan sedap, kitaorg g Island Hoping which is g melawat Chicken Island, Phi phi Island and etc. Duduk atas bot, di tengah lautan buatkan diri terasa kerdil. Sangat kerdil.


Bila fikir balik, bila kita travel ni buat kita makin bersyukur, makin merendah diri, makin ingt Tuahan sebb kita tgk fenomena ciptaan Allah yang sangat hebat. Kita tak boleh agak pun benda tu berlaku. Contoh, chicken Island, ikut logik kenapa pulau tu bentuk ayam? ade org ukir ke? Takkan la org nak ukir smpai naik atas pulau tu. See tak make sense kan bila kita fikir mcn tu but pulau tu semulajadi dah jadi bentuk ayam tu. Kuasa Allah. Yes kuasa Dia yang Maha Besar, Tuhan segala alam semesta. Dia yang menjadikan semuanya. Senyum. Kerdil sgt diri ni. This is reasons why i want to keep travelling. Biar hati ni mekar dgn ingat-ingatan kepada Allah, satu-satunya Tuhan Alam semesta. Hati Tenang.

Yes here we are! Krabi Islands which consist of gabungn pulau pulau yg ohsem mcm poda Islsnd, Ralley beach, Chicken Island. Bila kita cakap krabi, semua omputeh teringin nak pergi. Sebab dorg kata kat sini best. Air jernih, Sejuk, Sunyi je. Yes! Betul sgt tu. Proven!

Ya Allah air dia sgt jernih tau. Kau mandi still nmpak seluar kau pakai. Jernih. Dahlah dalam. So ape lagi, sis bukak kuak lentang lah. kah! menyesal tak reti berenang. Kena pergi kelas berenang lepas ni. sis nasihatkan, kalau nak g sini makesure reti berenang bru best. Tp kalau tak reti takpe dorg bg jacket keselamatan. Dont worry. For family, jangan mandi dalam2, takut anak lemas. Dalam wakk. lepas penat mandi, masing2 naik bot tidoo. Nyamannn.

The end of Krabi! Bye bye krabi. Lepasni kita jumpa lagi. Next trip pleaseee!












posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan